AGENDA

Kanak-kanak perempuan hilang ditemukan lemah, cedera muka, badan, patah rahang

29 Mei 2023, 2:18 PM
Kanak-kanak perempuan hilang ditemukan lemah, cedera muka, badan, patah rahang

GEORGE TOWN, 29 MEI: Kanak-kanak perempuan berusia lima tahun yang dilaporkan hilang selepas keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, pada 26 Mei lalu, ditemukan selepas 24 jam dalam keadaan lemah.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata orang awam telah menemukan kanak-kanak itu di kawasan semak Permatang Keriang, Penaga dalam jarak dua kilometer (km) dari tempat mangsa dilaporkan hilang.

"Kanak-kanak itu ditemukan dalam keadaan lemah pada hari berikutnya sekitar jam 6 petang lalu dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk pemeriksaan lanjut.

"Hasil pemeriksaan terdapat kecedaraan patah rahang, luka di bahagian dagu dan belakang kepala, lebam di dada dan belakang badan serta patah dua batang gigi," katanya ditemui di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Khaw berkata punca kecederaan kanak-kanak itu belum diketahui dan pihak polis masih menjalankan siasatan terperinci serta memohon orang awam yang mempunyai maklumat agar tampil membantu siasatan.

Kanak-kanak itu dilaporkan keluar dari rumahnya di Taman Kuala Muda, Penaga, jam 1 tengah hari Jumaat lalu dan didapati tidak pulang ke rumah selama 24 jam.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619