AGENDA

Tertarik baca ulasan di akhbar, pengunjung teruja beli buku kisah Mahathir

29 Mei 2023, 2:20 AM
Tertarik baca ulasan di akhbar, pengunjung teruja beli buku kisah Mahathir
Tertarik baca ulasan di akhbar, pengunjung teruja beli buku kisah Mahathir
Tertarik baca ulasan di akhbar, pengunjung teruja beli buku kisah Mahathir
Tertarik baca ulasan di akhbar, pengunjung teruja beli buku kisah Mahathir

KUALA LUMPUR, 29 MEI: Tertarik membaca ulasan buku Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora di akhbar Selangorkini mendorong seorang warga emas mencari naskhah itu di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL).

Gelagat pesara tentera, Abdul Rahman Othman, 75, yang hadir berseorangan sambil membawa keratan akhbar tersebut membuktikan minatnya untuk membaca karya terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) itu.

[caption id="attachment_583993" align="alignleft" width="363"] Abdul Rahman Othman. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Abdul Rahman berkata, beliau sudah hadir ke reruai IBDE pada hari pertama pembukaan PBAKL untuk mencari buku berkenaan namun ia masih belum terjual.

“Jadi, saya hadir sekali lagi ke sini hari ini (semalam) untuk beli buku itu. Saya memang sangat suka membaca karya biografi seperti ini.

“Apabila mengetahui mengenai buku ini melalui akhbar Selangorkini, saya terus berazam untuk memilikinya. Syukur kerana akhirnya berjaya juga,” katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Yussuf Mohd Yunos, 35, berkata beliau tertarik untuk membeli buku Muslihat Mahathir selepas mengetahui ulasannya daripada seorang kakitangan IBDE.

Beliau yang turut mengagumi bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu pada awalnya tidak berhasrat untuk membeli naskhah yang berharga RM90 tersebut.

[caption id="attachment_583994" align="alignright" width="363"] Yussuf Mohd Yunos. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

“Mula-mula saya tidak ada niat untuk beli. Tetapi selepas jalan-jalan ke reruai lain, saya teringat-ingat ulasan yang diceritakan kakitangan IBDE. Jadi saya datang sekali lagi dan terus bayar,” katanya.

Kisah perjalanan politik Dr Mahathir diceritakan bekas editor berpengalaman Barry Wain dan karya terjemahannya diterbitkan dengan kerjasama Media Selangor.

Buku tersebut boleh diperolehi di reruai IBDE di Dewan Tun Razak 4 atau di kedainya Rencana di Bandar Sri Damansara, Kuala Lumpur.

IBDE. menawarkan lebih 20,000 buku kepada pengunjung. Jumlah itu membabitkan 70 judul buku termasuk beberapa karya daripada penerbitan lain.

PBAKL 2023 yang memasuki tahun ke-40 penganjurannya bermula Jumaat lalu sehingga 4 Jun dan dibuka pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

[caption id="attachment_583996" align="aligncenter" width="716"] Abdul Rahman Othman menunjukkan buku Muslihat Mahathir yang di beli di reruai IBDE sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 28 Mei 2023. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619