PILIHAN MINGGUAN

Negeri peruntuk RM4 juta teruskan bantuan yuran asas universiti

28 Mei 2023, 2:30 PM
Negeri peruntuk RM4 juta teruskan bantuan yuran asas universiti

HULU LANGAT, 28 MEI: Kerajaan Negeri menyediakan dana sebanyak RM4 juta bagi meneruskan program Bantuan Yuran Asas Universiti (BAYU).

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata peruntukan itu bakal memberi manfaat kepada 4,000 pelajar secara keseluruhan.

"Bantuan ini diperuntukkan khas kepada pelajar yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) milik Kerajaan Negeri iaitu Universiti Selangor (Unisel) dan Universiti Islam Selangor (UIS).

"Atas keprihatinan tinggi Kerajaan Negeri insentif ini ditambah baik tahun ini dengan meningkatkan bantuan mengikut semester pengajian iaitu sebanyak dua kali setahun bagi setiap tahun pengajian berbanding sekali sahaja sebelum ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Pertandingan Debat Piala Dato' Menteri Besar 2023 di UIS hari ini.

BAYU merupakan bantuan yuran asas merangkumi bayaran perpustakaan, makmal, teknologi maklumat, kesihatan dan aktiviti pelajar yang meringankan beban kewangan kepada pelajar terutama bagi golongan B40 dan M40.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619