AGENDA

Panik diugut penyamar polis Bukit Aman, guru rugi RM187,000

28 Mei 2023, 3:32 AM
Panik diugut penyamar polis Bukit Aman, guru rugi RM187,000

KUANTAN, 28 MEI: Panik menerima panggilan daripada 'polis' Bukit Aman menyebabkan seorang guru kerugian RM187,000 selepas panggilan itu sebenarnya dibuat anggota sindiket Macau Scam.

Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata wanita berusia 36 tahun itu mendakwa dihubungi suspek pada 10 Mei lepas, yang memaklumkan terdapat waran tangkap terhadap dirinya bagi jenayah pemerdagangan manusia.

"Mangsa yang panik kemudiannya telah menurut arahan suspek untuk memindahkan wang simpanannya ke sebuah akaun yang dimaklumkan bagi tujuan siasatan serta menyerahkan semua maklumat perbankan secara dalam talian kepada suspek.

"Malah, mangsa juga membuat pinjaman peribadi berjumlah RM130,000 yang dimasukkan ke dalam akaun itu, juga atas arahan suspek," katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Yahaya berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal menghubungi suspek menyebabkan dia membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.

Beliau juga menasihatkan orang awam untuk tidak mendedahkan maklumat peribadi dan perbankan kepada pihak ketiga, selain segera membuat pemeriksaan dengan pihak berkuasa jika menerima panggilan mencurigakan.

Semakan nombor telefon dan akaun bank juga boleh dibuat melalui Check Scammers CCID atau di https://semakmule.rmp.gov.my/ bagi mengelakkan risiko menjadi mangsa penipuan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619