AGENSI

Karnival kanak-kanak meriah, hampir 1,000 sertai pertandingan pakaian beragam

27 Mei 2023, 6:42 AM
Karnival kanak-kanak meriah, hampir 1,000 sertai pertandingan pakaian beragam
Karnival kanak-kanak meriah, hampir 1,000 sertai pertandingan pakaian beragam
Karnival kanak-kanak meriah, hampir 1,000 sertai pertandingan pakaian beragam

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 27 MEI:  Hampir 1,000 kanak-kanak menyertai pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak-Kanak Negeri Selangor 2023.

Program anjuran Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial (FPSS) Universiti Selangor (UNISEL) itu bakal menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) kerana mengumpulkan penyertaan pakaian beragam kanak-kanak paling ramai.

Dekannya Prof Madya Dr Astri Yulia berkata program tersebut antara lain bertujuan memupuk perpaduan sejak dari kecil sekali gus mewujudkan pelapis negara yang mempunyai semangat patriotisme.

"Selain itu ia juga untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan pendidikan awal dalam kalangan kanak-kanak serta betapa pentingnya untuk golongan dewasa menghargai mereka.

“Menerusi pertandingan ini, kita mahu kanak-kanak bebas buat pilihan masing-masing terhadap busana dikenakan kerana setiap mereka ada minat yang berbeza,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_583619" align="aligncenter" width="717"] Sebahagian peserta pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak- Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mei 2023. Foto Ihsan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL)[/caption]

Beliau ditemui selepas upacara perasmian  Karnival Kanak-Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 di sini, hari ini.

Karnival Kanak-Kanak Negeri Selangor 2023 turut mendapat kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas).

Karnival dua hari bermula hari ini menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya teater dan persembahan muzikal, pameran gerai selain pelbagai aktiviti untuk kanak-kanak.

[caption id="attachment_583620" align="aligncenter" width="716"] Sebahagian peserta pertandingan pakaian beragam sempena Karnival Kanak- Kanak Negeri Selangor 2023 di Dewan Raja Muda Musa Seksyen 7 Shah Alam pada 27 Mei 2023. Foto Ihsan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (UNISEL)[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619