AGENSI

Team Selangor anjur program kutip sampah, pupuk kesedaran jaga kebersihan

27 Mei 2023, 12:44 AM
Team Selangor anjur program kutip sampah, pupuk kesedaran jaga kebersihan
Team Selangor anjur program kutip sampah, pupuk kesedaran jaga kebersihan
Team Selangor anjur program kutip sampah, pupuk kesedaran jaga kebersihan

SHAH ALAM, 26 MEI: Lebih 80 peserta Klinik Asas Bola Sepak Team Selangor dari tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) terlibat dalam program mengutip sampah (plogging) di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei lalu.

Ketua Sekretariatnya Syahaizel Keman berkata program dengan kerjasama Selangor FC itu salah satu usaha untuk memupuk kesedaran masyarakat supaya menjaga kebersihan stadium.

[caption id="attachment_583579" align="aligncenter" width="803"] Peserta Klinik Asas Bola Sepak Team Selangor termasuk kanak-kanak terlibat dalam program mengutip sampah di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei 2023. Foto Instagram selangorfc[/caption]

"Inisiatif ini dilihat sebagai satu permulaan untuk membentuk disiplin dalam kalangan generasi pelapis bola sepak negara terhadap aspek kebersihan yang menjadi perkara asas bagi masyarakat bertamadun," katanya menerusi kenyataan.

Menurutnya, pembersihan itu dibuat selepas usai perlawanan di antara Selangor FC menentang Kedah FC pada hari berkenaan.

Terdahulu,Ahli Dewan Negeri Sungai Kandis Mohd Zawawi Ahmad Ahmad Mughni turut menyempurnakan simbolik pelepasan (flag off) di Dewan MBSA, Sungai Kandis kepada 27 peserta dari Sungai Kandis.

[caption id="attachment_583577" align="aligncenter" width="839"] Kanak-kanak turut terlibat dalam program mengutip sampah di Stadium MBPJ Petaling Jaya pada 24 Mei 2023. Foto Instagram selangorfc[/caption]

Sementara 60 peserta lagi sekitar Petaling Jaya dan Puchong berhimpun di pekarangan stadium.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619