AGENDA

Lebih 18,000 hadiri majlis ilmu Madani bersama PM di Putrajaya

26 Mei 2023, 2:35 PM
Lebih 18,000 hadiri majlis ilmu Madani bersama PM di Putrajaya
Lebih 18,000 hadiri majlis ilmu Madani bersama PM di Putrajaya

PUTRAJAYA, 26 MEI: Lebih 18,000 umat Islam menghadiri Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di masjid itu pada 7.20 malam dan disambut oleh dua tokoh ulama besar dunia Islam iaitu bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz.

Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah disusuli program bacaan maulid.

[caption id="attachment_583547" align="aligncenter" width="761"] Bekas Mufti Agung Mesir Syeikh Profesor Dr Ali Juma'ah Al Azhari serta Pengasas dan Pengetua Dar Al Mustofa di Tarim, Yaman iaitu Habib Umar Bin Muhammad Bin Salim Ben Hafidz turut serta dalam Majlis Ilmu Madani Bersama Perdana Menteri di Masjid Putra, Putrajaya pada 26 Mei 2023. Foto BERNAMA[/caption]

Anwar dalam ucapannya berkata program itu memberi peluang kepada umat Islam yang hadir untuk bersama-sama mendengar kupasan penuh hikmah dan bijaksana oleh dua ulama tersohor berkenaan.

"Dalam mukadimah mengatakan inilah maksud negara MADANI, kembali kepada asas, menjadikan masjid sebagai pangkalan dari segi ibadah serta ilmu, dan meletakkan semua dasar pendidikan, ekonomi, dengan semangat ihsan dan berakhlak serta amanah supaya benar-benar mengangkat martabat dan darjat umat.

"Bagi rakan-rakan bukan Islam, semangat dan nilai yang dipupuk, akhlak yang ditekankan, ihsan dan rahmah itu akan menjadikan Malaysia ini negara yang berpaut pada Islam tetapi cuba menyantuni semua sebagai kaum keluarga yang boleh bersama-sama secara aman dan penuh hikmah mengangkat martabat, darjat, harakat umat dan bangsa," katanya.

Majlis diteruskan dengan penyampaian tausiyah oleh Syeikh Dr Ali Juma'ah dan Habib Umar.

Usai penyampaian tausiyah, Perdana Menteri bersalaman dengan para jemaah sebelum meninggalkan majlis pada 9.30 malam. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619