AGENSI

LZS terima kunjungan badan amil zakat Indonesia, kongsi agihan zakat, kutipan

26 Mei 2023, 8:00 AM
LZS terima kunjungan badan amil zakat Indonesia, kongsi agihan zakat, kutipan
LZS terima kunjungan badan amil zakat Indonesia, kongsi agihan zakat, kutipan

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 26 MEI: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima kunjungan hormat Badan Amil Zakat Nasional (Baznas), Indonesia, semalam.

Agensi tersebut memaklumkan lawatan itu bertujuan berkongsi maklumat mengenai tadbir urus hasil kutipan zakat serta agihan kepada asnaf yang dilaksanakan LZS.

“Banyak perkongsian serta pertukaran idea dibuat antara kami dengan Baznas untuk menambah lagi pengagihan zakat kepada asnaf melalui hasil kutipan.

[caption id="attachment_583473" align="aligncenter" width="774"] Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Badan Amil Zakat Nasional (Baznas), Indonesia mengadakan pertemuan di pejabat LZS pada 25 Mei 2023. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor[/caption]

“Insya-Allah, semoga pertemuan ini memangkinkan lagi pertumbuhan kutipan zakat seterusnya dapat diagihkan pada insan memerlukan di Indonesia dan Malaysia khususnya di Selangor,” katanya di Facebook.

Delegasi 11 pegawai itu diketuai Ketua Bidang Pengumpulan Baznas, H Rizaludin Kurniawan yang disambut Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619