ad
PBT

MPK selesai lebih 70 peratus kerja bersih tapak sampah haram di Kapar

26 Mei 2023, 7:49 AM
MPK selesai lebih 70 peratus kerja bersih tapak sampah haram di Kapar
MPK selesai lebih 70 peratus kerja bersih tapak sampah haram di Kapar

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Klang (MPK) menyelesaikan lebih 70 peratus kerja-kerja pembersihan tapak sampah haram di Batu 14, Kapar.

Badan berkuasa tempatan itu berkata tapak yang melibatkan 11 pemilik tanah itu bersempadan dengan daerah Kuala Selangor.

"Pada 18 Mei, satu operasi digerakkan selepas menerima aduan orang ramai bagi memadam kebakaran timbunan sampah yang dipercayai sisa plastik kitar semula dengan kerjasama Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor.

"Tindakan yang diambil termasuk membersihkan timbunan sampah, menggali parit serta menutup laluan masuk dengan hadangan konkrit selain bekerjasama dengan Jabatan Alam Sekitar Selangor mengenai tindakan perundangan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," kata MPK menerusi Facebook.

[caption id="attachment_583493" align="aligncenter" width="750"] Jabatan Bomba Dan Penyelamat Kuala Selangor menggunakan teknik gali dan siram pada operasi pembersihan tapak pembuangan sampah haram di Jalan Kapar, Batu 14, Kapar pada 18 Mei 2023. Foto Facebook Majlis Perbandaran Klang[/caption]

Jelasnya, Tenaga Nasional Berhad (TNB) turut bekerjasama memasang kamera litar tertutup selain meningkatkan pengawasan menggunakan dron terutama di kawasan berdekatan tiang transmisi.

MPK turut mengingatkan pemilik tanah agar maklum tentang keadaan semasa tanah milik mereka dan tindakan perundangan boleh dikenakan jika pemilik gagal melapor sebarang aktiviti pelupusan sampah haram.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.