PBT

MPHS laksana program kucing angkat, pelawa masyarakat bela haiwan itu

26 Mei 2023, 7:00 AM
MPHS laksana program kucing angkat, pelawa masyarakat bela haiwan itu
MPHS laksana program kucing angkat, pelawa masyarakat bela haiwan itu

SHAH ALAM, 26 MEI: Majlis Perbandaran Hulu Selangor (MPHS) melaksanakan program kucing angkat bagi menyelamatkan haiwan berkenaan daripada terbiar di jalanan.

Yang dipertuanya berkata susulan itu pihaknya mempelawa individu yang berminat mahu membela kucing berkenaan untuk hadir ke MPHS mengambil haiwan itu.

Mohd Hasry Nor Mohd berkata program berkenaan sudah bermula sejak 11 Mei lalu dan ia dilaksana pada Khamis minggu kedua dan keempat dari jam 2.30 sehingga 4.30 petang.

"Idea ini tercetus apabila kita menyedari peningkatan jumlah kucing jalanan yang tidak terurus sehingga menimbulkan kacau ganggu dalam komuniti.

"Justeru, bagi mengatasi masalah itu, MPHS mengambil inisiatif melancarkan "Program Adopsi Meow MPHS" yang bertujuan mengurangkan populasi kucing jalanan dan terbiar di dalam kawasan operasi kami," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Hasry berkata bertemakan 'Mereka Lebih Dari Sekadar Haiwan, Mereka Adalah Keluarga', program itu memberikan kucing jalanan yang dikutip mendapat rumah baharu dan penuh kasih sayang secara sukarela oleh peserta berminat.

Katanya, pada masa sama program itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung kepentingan menjaga dan menyayangi haiwan.

"Setakat hari ini (25 Mei), sebanyak 18 ekor kucing telah diadopsi dan setiap pemohon perlu mengikut syarat pengambilan ditetapkan MPHS, iaitu mereka perlu membuat aku janji untuk menjaga kucing dengan baik sekali gus tidak menimbulkan isu kacau ganggu dalam kejiranan selain berusaha mengkasi haiwan itu.

"Bagi proses pengambilan, pemohon perlu hadir ke MPHS dengan membawa sangkar untuk melihat dan memilih kucing yang ada. Sekiranya berminat, mereka perlu mengisi borang pendaftaran dan memuat naik gambar," katanya.

Pengambilan kucing angkat ini adalah percuma dan orang ramai yang ingin mendapatkannya perlu hubungi pejabat Bahagian Kesihatan Awam, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (JPSPPA) MPHS di talian 03-6064 1050.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619