AGENDA

Lemah tafsir Islam sempitkan agama, lahir ilmuwan palsu lagi keliru

25 Mei 2023, 12:00 PM
Lemah tafsir Islam sempitkan agama, lahir ilmuwan palsu lagi keliru
Lemah tafsir Islam sempitkan agama, lahir ilmuwan palsu lagi keliru
Lemah tafsir Islam sempitkan agama, lahir ilmuwan palsu lagi keliru

SHAH ALAM, 25 MEI: Kelemahan umat Islam dalam memahami dan mentafsir Islam mengakibatkan amalan beragama menjadi sempit, kata Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Katanya, kekeliruan dalam aspek kehidupan berleluasa termasuk penekanan terhadap hukum-hakam secara tidak adil dan kecenderungan berdebat isu yang tidak membangunkan pengetahuan.

Beliau percaya masalah yang dialami umat Islam masa kini banyak persamaan dengan senario yang melatari penghasilan kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali.

"Imam al-Ghazali mengungkapkan betapa ramai penggiat ilmu yang keliru dan seakan-akan tidak mampu mengenal pasti yang mana dan apakah ilmu yang benar dan mana pula sebaliknya," katanya.

Amirudin ketika merasmikan sesi Muzakarah Ulama-Umara menjelaskan pendahuluan kitab berkenaan dan faktor pendorong al-Ghazali menulis naskhah itu seterusnya menyelesaikan kemelut manusia.

Majlis tersebut sempena Festival Turath Islami Selangor anjuran Kerajaan Selangor 20 Mei yang berakhir pada hari ini. Bekas Mufti Besar Mesir Sheikh Ali Jum'ah tokoh utama program itu.

[caption id="attachment_583352" align="alignnone" width="707"] Sekitar majlis penutup Muzakarah Ulama-umara Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde Shah Alam pada 25 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Amirudin berkata ada yang menganggap kejahilan sebagai ilmu manakala kelompok yang benar-benar menginsafi kepentingan ilmu dan kesannya dipandang sebagai tersasar lalu disisihkan.

Menjelaskan masalah akibat penyakit dalam kalangan ilmuwan sebelum merebak ke masyarakat menurut pandangan al-Ghazali, beliau berkata ramai ilmuwan palsu dan keliru diangkat umat.

"(Ini) mempengaruhi dan berpengaruh dalam masyarakat sehingga suatu yang mungkar diangkat

sebagai makruf dan begitu pula sebaliknya.

"Hasilnya, ilmu-ilmu keagamaan serta sinarnya lesu dan pudar. Hakikat sebenar ilmu dan kefahaman yang sempurna tentang agama dilupakan," kata beliau lagi.

[caption id="attachment_583350" align="aligncenter" width="707"] Sekitar majlis penutup Muzakarah Ulama-umara Festival Turath Islami Selangor di Hotel Concorde Shah Alam pada 25 Mei 2023. FOTO NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619