AGENDA

Premis luar bandar, pedalaman disasar terima internet berkelajuan tinggi

25 Mei 2023, 8:51 AM
Premis luar bandar, pedalaman disasar terima internet berkelajuan tinggi

SHAH ALAM, 25 MEI: Sekurang-kurangnya 432,300 premis terutama berdekatan sekolah di kawasan luar bandar dan pedalaman disasar menerima perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata ia menerusi penyediaan hab gentian optik titik kehadiran atau Point of Presence (PoP) oleh Kerajaan.

"Melalui kaedah itu jaringan dan liputan infrastruktur jalur lebar dapat diperluas ke kawasan sekitar sekolah dan berpenduduk di kawasan luar bandar dan pendalaman seluruh negara apabila siap kelak.

"Ia menjadikan lokasi terlibat sebagai hab yang menyediakan infrastruktur jalur lebar gentian optik untuk kegunaan sekolah, kawasan perindustrian, premis kerajaan dan penduduk sekitar dengan radius 2.5 km hingga 3 km.

"Fasa satu bagi projek PoP ini akan melibatkan 630 lokasi berhampiran sekolah dan fasa dua pula akan melibatkan 3,693 lokasi berhampiran sekolah di kawasan luar bandar di seluruh negara," katanya pada katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli yang ingin tahu apakah tindakan Kementerian Komunikasi dan Digital dalam menyelesaikan isu liputan internet yang sering terganggu dan tidak stabil sewaktu musim perayaan, khususnya di kawasan luar bandar.

Nie Ching berkata sebanyak 4,000 lokasi di seluruh negara disasar diaudit sepanjang tahun ini bagi memastikan penyedia perkhidmatan terus mematuhi Standard Mandatori untuk menyelesaikan masalah kualiti perkhidmatan.

"Setakat semalam sebanyak 1,089 lokasi telah diaudit di seluruh negara," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619