AGENDA

RM1.6 bilion diperlu untuk laksana program penstabilan harga minyak masak

25 Mei 2023, 4:39 AM
RM1.6 bilion diperlu untuk laksana program penstabilan harga minyak masak

SHAH ALAM, 25 MEI: Kerajaan perlu memperuntukkan kira-kira RM1.6 bilion tahun ini bagi pelaksanaan Program Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS).

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh berkata jumlah peruntukan bagi menyediakan minyak masak bersubsidi adalah tertakluk kepada pergerakan harga minyak sawit mentah (CPO).

"Sekiranya harga CPO meningkat, maka dana yang diperlukan untuk melaksanakan program juga turut meningkat.

"Oleh demikian peruntukan yang telah dikemas kini bagi melaksanakan COSS pada 2022 adalah RM2.42 bilion dan bagi 2023 jumlah peruntukan diperlukan dianggarkan RM1.6 bilion tertakluk kepada pergerakan naik turun harga CPO.

"Jumlah peruntukan atau dana yang diumumkan melalui belanjawan bagi melaksanakan COSS adalah RM400 juta bagi 2022 dan RM500 juta tahun ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng yang ingin tahu mengenai peruntukan minyak masak subsidi minyak yang diluluskan pada 2022 dan 2023.

Fuziah berkata bagi tujuan menyediakan minyak masak paket bersubsidi, KPDN melantik 366 syarikat pembungkus di seluruh negera untuk membekalkan minyak masak bersubsidi di pasaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619