AGENDA

Martabat syiar Islam, festival telaah kitab disaran jadi acara tahunan

24 Mei 2023, 1:48 PM
Martabat syiar Islam, festival telaah kitab disaran jadi acara tahunan
Martabat syiar Islam, festival telaah kitab disaran jadi acara tahunan
Martabat syiar Islam, festival telaah kitab disaran jadi acara tahunan
Martabat syiar Islam, festival telaah kitab disaran jadi acara tahunan

GOMBAK, 24 MEI: Festival Turath Islami Selangor yang julung kali diadakan Kerajaaan Negeri dilihat mencapai matlamat penganjurannya, kata penolong mufti Jabatan Mufti Selangor.

Abdul Wahid Ishak berkata beliau sendiri berpuas hati dengan semua acara sepanjang festival dari 20 Mei hingga esok malah berharap program dijadikan acara tahunan.

[caption id="attachment_583113" align="alignleft" width="420"] Penolong Mufti Kanan Jabatan Mufti Selangor, Abdul Wahid Ishak. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Program ini membuktikan kita mempunyai ramai golongan ulama tetapi tidak nampak. Banyak ilmu boleh dikongsikan.

“Seperti acara Munaqasyah Ilmiah hari ini. Kita lihat sesi dialog berjalan lancar. Interaksi dua hal berlaku dengan baik.

“Apa dikehendaki peserta dijawab dengan baik oleh syeikh (bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr Ali Jum’ah). Jelas dan mudah faham,” katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu pengasas pesantren Tahfiz Darul Quran Indonesia Ahmad Jamil menganggap festival berkenaan sangat luar biasa berikutan mampu menghimpunkan ramai ulama.

“Program ini wajar diadakan setiap tahun supaya kita dapat menyedarkan seluruh umat Islam agar berpegang kepada al-Quran.

[caption id="attachment_583112" align="alignright" width="420"] Pengasas Pesantren Tahfiz Darul Quran. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Selain itu, agensi agama atau tokoh Islam itu sendiri dapat berbincang dan bertukar pandangan mengenai usaha memartabatkan syiar Islam,” katanya.

Terdahulu, tokoh ulama dunia Dr Ali Jum’ah menyampaikan syarahan bertajuk  ‘Cabaran terhadap tradisi turath dalam abad ke-21’ pada program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) di sini, hari ini.

Festival yang mendapat kerjasama Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) turut mengangkat perbincangan dan penghayatan mengenai kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri, bakal menterjemah 15 karya mulai tahun ini termasuk kitab Ihya Ulumuddin yang bakal diterbit dalam 20 siri dan dijangka siap sepenuhnya pada 2026.

[caption id="attachment_583116" align="alignnone" width="721"] Program Munaqasyah Ilmiah sempena Festival Turath Islami Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Gombak pada 24 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619