AGENDA

Ujian garis panduan laluan mikromobiliti ambil masa setahun, titik berat keselamatan pengguna

23 Mei 2023, 7:50 AM
Ujian garis panduan laluan mikromobiliti ambil masa setahun, titik berat keselamatan pengguna
Ujian garis panduan laluan mikromobiliti ambil masa setahun, titik berat keselamatan pengguna

SHAH ALAM, 23 MEI: Pengujian garis panduan kenderaan jenis mikromobiliti di bandar raya Shah Alam mengambil masa setahun, kata timbalan menteri pengangkutan.

Datuk Hasbi Habibollah berkata ujian berkenaan menitikberatkan pelbagai aspek termasuk isu keselamatan semua pengguna jalan raya.

[caption id="attachment_577568" align="aligncenter" width="739"] Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah bercakap kepada media ketika pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya dan Ops Bersepadu Hari Raya Aidilfitri di Taman Prima Saujana, Kajang pada 18 April 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

"Medan uji kaji Shah Alam selama setahun dan membabitkan jalan kecil dalam taman berbanding sekarang kenderaan jenis mikromobiliti dibenarkan dalam taman permainan sahaja bukan di jalan awam.

"Perkara ini masih dalam kajian menyeluruh tentang keselamatan di jalan awam. Biarpun jalan kecil tetapi selagi ada pengguna lain ia tetap mendatangkan risiko kepada pengguna mikromobiliti," katanya menjawab soalan wakil rakyat Kampar Chong Zhemin di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menambah, kajian sama turut akan menetapkan laluan basikal sebelum pihaknya mengeluarkan garis panduan bersama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini, Hasbi memaklumkan Shah Alam menerusi Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menjadi lokasi pilihan pengujian atau sandbox bagi menguji pakai semua garis panduan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619