AGENDA

Pembaikan paip pecah Jalan Bukit Cerakah siap sepenuhnya, bekalan air mula disalur

23 Mei 2023, 1:40 AM

SHAH ALAM, 22 MEI: Kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam siap sepenuhnya jam 3 pagi tadi, maklum Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

Agensi tersebut berkata bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat kepada pengguna selepas sistem bekalan air distabilkan.

"Bekalan air sudah mula disalurkan secara berperingkat-peringkat kepada para pengguna setelah sistem bekalan air distabilkan.

"Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya mengikut kumpulan. Kumpulan 1 pada jam 12 tengah malam (24 Mei) dan Kumpulan 2 pada 9 malam hari sama," katanya di Facebook.

Sehubungan itu, pengguna boleh mendapatkan maklumat berhubung gangguan bekalan air tidak berjadual dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor di talian 15300.

Pengguna juga boleh mendapatkan senarai kawasan yang terjejas di https://hentitugas.airselangor.com/ serta menerusi aplikasi Air Selangor.

Berikut senarai kawasan terlibat mengikut kumpulan:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619