AGENDA

Bekas mufti Mesir nasihat ulama, umara bersatu demi kemaslahatan umat

22 Mei 2023, 6:34 AM
Bekas mufti Mesir nasihat ulama, umara bersatu demi kemaslahatan umat

SHAH ALAM, 22 MEI: Bekas Mufti Besar Mesir menasihatkan ulama dan umara agar bersatu dalam satu lingkungan untuk kemaslahatan negara dan umat.

Syeikh Dr. Ali Jum’ah turut menyarankan agar mereka mempelajari dan mendalami undang-undang syariah (siasah syar’iyyah) sebagai salah satu usaha bagi penyatuan tersebut.

"Hakikatnya siasah syar’iyyah ini adalah salah satu usaha untuk menyatupadukan ulama dan umara dan sehingga kini telah diajar di al-Azhar Syarif bahkan telah dijadikan satu fakulti kursus untuk dipelajari.

"Marilah sama-sama belajar kemudian kita mengajar anak-anak kita dan kita meneliti perkara tersebut. Semoga Allah menyatupadukan ulama dan umara untuk kemaslahatan negara," kata beliau.

Beliau berkata demikan dalam syarahannya yang bertajuk Hubungan Pemerintah dan Ulama pada jamuan Mahabbah Ulama dan Umara anjuran Kerajaan Negeri dan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Hotel Concorde malam tadi.

Syarahan tersebut diterjemahkan oleh Ustaz Ahmad Faiz Mohd. Khalil dari Akademi Pemikiran Turath Al Mustanir.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari turut menghadiri majlis tersebut yang disertai 450 tetamu termasuk 200 guru agama pondok dari seluruh negara.

Dr. Ali Jum’ah adalah tokoh ulama antarabangsa yang berada di negara ini sempena Festival Turath Islami Selangor antara 20 hingga 25 Mei ini.

Program anjuran Kerajaan Negeri itu bertujuan mengangkat perbincangan dan penghayatan tentang kitab Ihya’ Ulumuddin karya Imam al-Ghazali.

Festival telaah karya Imam al-Ghazali antara usaha menyemarak minat peserta terhadap pemikiran ilmuwan agung sekali gus mengangkat peradaban Islam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619