AGENDA

MB: Program Muzakarah Ulama, Umara suntik semangat kepimpinan

22 Mei 2023, 4:14 AM
MB: Program Muzakarah Ulama, Umara suntik semangat kepimpinan

Oleh Azian Aziz

SHAH ALAM, 22 MEI: Program Muzakarah Ulama dan Umara disusun bagi menyuntik roh dan semangat dalam melahirkan kepimpinan yang baik serta menghalang mudarat awam, kata Dato' Menteri Besar.

Menurut Dato' Seri Amirudin Shari  ini kerana, tanggungjawab dan tugas seorang pemimpin bukan hanya memelihara agama, ia juga harus menjadi maslahat dalam kehidupan kemanusiaan.

"Namun begitu, realiti hari ini kadang kala kita dapat lihat kepimpinan yang di dalam nilai, ciri, perkataan, perbuatan dan keputusannya menimbulkan peperangan.

'... menimbulkan pertelingkahan, pergaduhan dan amat malang ada juga yang sudah mula mengabaikan tanggungjawab untuk menjaga maslahat kepentingan awam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam jamuan Mahabbah Ulama dan Umara yang dihadiri 450 tetamu termasuk 200 guru agama pondok dari seluruh negara dengan bekas Mufti Besar Mesir Syeikh Dr. Ali Jum'ah sebagai undangan khas.

Dalam pada itu Amirudin juga mengakui sangat tersentuh dengan mukadimah yang disampaikan oleh Syeikh Dr. Ali Jum'ah dalam Afkar Ihya' Ulumuddin mengenai penerbitan Ihya' Ulumuddin.

"Perkataan ihya' itu diberikan penekanan kerana ia menghidupkan agama, menghidupkan nilai sebenar kemanusiaan dan keagamaan dalam kehidupan seharian.

"Justeru selain program ucapan ataupun mahabbah dan jamuan Mahabbah Ulama dan Umara kita juga turut mengusahakan program Muzakarah Ulama dan Umara,"katanya.

Program Muzakarah Ulama dan Umara merupakan acara terakhir dalam Festival Turath Islami Selangor yang berlangsung selama enam hari bermula 20 hingga 25 Mei ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619