AGENDA

Baik pulih paip pecah di Jalan Bukit Cerakah esok, bekalan pulih Rabu

21 Mei 2023, 7:04 AM

SHAH ALAM, 21 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd akan menjalankan kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam pada jam 9 pagi esok.

Menurut agensi, bekalan air di 99 kawasan terjejas di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor dijangka pulih sepenuhnya pada jam 9 malam Rabu.

"Kerja pembaikan ini dijangka akan siap pada jam 3 pagi, 23 Mei 2023 (Selasa).

"Bekalan air mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila kerja pembaikan siap dan sistem agihan utama bekalan air telah distabilkan," tulisnya di Facebook.

Air Selangor juga menggerakkan lori tangki air ke kawasan terjejas dengan memberikan keutamaan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

"Bantuan bekalan air alternatif menerusi empat Pusat Khidmat Setempat (PKS) bakal disediakan untuk kemudahan pengguna di lokasi yang tersenarai pada lampiran," katanya.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan penduduk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Berikut senarai kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619