AGENDA

Rangkaian 5G di Malaysia capai 59.5 peratus takat April

20 Mei 2023, 11:50 AM
Rangkaian 5G di Malaysia capai 59.5 peratus takat April

KUCHING, 20 MEI: Peratus capaian rangkaian 5G di Malaysia setakat penghujung April lalu telah mencapai 59.5 peratus, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Katanya peratus capaian rangkaian 5G bagi Sarawak pula mencapai 34 peratus.

“Jumlah capaian (di Sarawak) ini bagi saya belum memadai, oleh sebab itu saya minta Kerajaan Sarawak untuk menyenaraikan beberapa lokasi (untuk diberi capaian 5G) dan menyelaras dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

“Penyelarasan ini penting bagi memastikan lokasi yang diingini kerajaan negeri itu akan dapat kita ‘rollout’ 5G dalam masa terdekat,” katanya ketika berucap pada Sambutan Hari Telekomunikasi dan Masyarakat Berinformasi Sedunia 2023 di sini, hari ini.

Fahmi sebelum ini dilaporkan berkata kerajaan mempunyai sasaran 80 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan rangkaian 5G sebelum akhir tahun ini.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619