AGENDA

Dekati golongan muda, Kerajaan Selangor sertai Karnival Jom Heboh pada 2 hingga 4 Jun

19 Mei 2023, 12:00 PM
Dekati golongan muda, Kerajaan Selangor sertai Karnival Jom Heboh pada 2 hingga 4 Jun
Dekati golongan muda, Kerajaan Selangor sertai Karnival Jom Heboh pada 2 hingga 4 Jun
Dekati golongan muda, Kerajaan Selangor sertai Karnival Jom Heboh pada 2 hingga 4 Jun
Dekati golongan muda, Kerajaan Selangor sertai Karnival Jom Heboh pada 2 hingga 4 Jun

SHAH ALAM, 19 MEI: Kerajaan Selangor buat julung kali menyertai penganjuran Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad pada 2 hingga 4 Jun ini.

EXCO generasi muda berkata program yang berlangsung di dataran Stadium Shah Alam dari 10 pagi hingga 12 tengah malam itu bakal dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

[caption id="attachment_430645" align="aligncenter" width="724"] Mohd Khairuddin Othman ketika sidang media selepas Majlis Pelancaran Selangor Xtiv Virtual Youth Busking di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 12 Ogos 2020. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

“Kerjasama ini menjadi medan untuk mendekati golongan muda. Dalam masa sama kita lihat program ini dapat mewujudkan masyarakat Madani menerusi penganjuran aktivitinya yang berkonsepkan kekeluargaan serta sukan.

“Sepanjang program berlangsung kita juga akan mempromosikan dan menghebahkan semua skim dan dasar disediakan Kerajaan Negeri selama ini,” kata Mohd Khairuddin Othman kepada Selangorkini.

Menurut beliau, program tiga hari itu turut mendapat kerjasama beberapa pihak antaranya Majlis Bandaraya Shah Alam, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan.

“Antara aktiviti disediakan ialah kejohanan bola sepak jalanan, seji pertahankan diri, bola jaring, pertandingan muzik jalanan serta festival makanan,” katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619