PBT

Cuaca panas tidak halang 1,500 pengunjung meriahkan rumah terbuka MPKj

19 Mei 2023, 11:00 AM
Cuaca panas tidak halang 1,500 pengunjung meriahkan rumah terbuka MPKj
Cuaca panas tidak halang 1,500 pengunjung meriahkan rumah terbuka MPKj
Cuaca panas tidak halang 1,500 pengunjung meriahkan rumah terbuka MPKj

HULU LANGAT, 19 MEI: Cuaca panas terik tidak menghalang pengunjung beratur panjang bagi mendapatkan juadah kambing bakar pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di sini, hari ini.

Berlangsung di Menara MPKj di sini dengan lebih lima gerai menyediakan aneka juadah, rumah terbuka pihak berkuasa tempatan itu berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 1,500 tetamu.

[caption id="attachment_582194" align="aligncenter" width="723"] Terdapat pelbagai juadah pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Selain kambing bakar, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah lain seperti sate, laksa, nasi beriani, lemang dan rendang.

Pengunjung turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada Unit Kebudayaan Jabatan Khidmat Kemasyarakatan MPKj.

Turut hadir Yang Dipertua MPKj Najmuddin Jemain, Ahli Parlimen Hulu Langat Mohd Sany Hamzan, Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan dan Ahli Dewan Negeri Sungai Ramal Mazwan Johar.

[caption id="attachment_582195" align="aligncenter" width="756"] Panas terik tidak mengkalang orang ramai menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) di perkarangan Menara MPKj, Hulu Langat pada 19 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619