AGENDA

Penyelaras DUN Batang Kali ketepi perbezaan politik, sedia hulur bantuan untuk rakyat

19 Mei 2023, 6:01 AM
Penyelaras DUN Batang Kali ketepi perbezaan politik, sedia hulur bantuan untuk rakyat
Penyelaras DUN Batang Kali ketepi perbezaan politik, sedia hulur bantuan untuk rakyat

SHAH ALAM, 19 MEI: Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad sedia membantu ahli parlimen Hulu Selangor menyalur bantuan kepada penduduk setempat.

Katanya, beliau sentiasa mengetepi perbezaan fahaman politik, malah bercadang untuk duduk semeja dengan Hasnizan Harun dari Perikatan Nasional demi memastikan kebajikan rakyat.

Turut menerima banyak permohonan bantuan, Saifuddin berkata peruntukan sumbangan atau kerja baik pulih projek kecil masih ada walau tempoh perkhidmatannya berbaki kurang dua bulan.

[caption id="attachment_582147" align="alignleft" width="474"] Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Saya berhasrat untuk duduk semeja dengan Yang Berhormat Hasnizan Harun dan melihat semula permohonan yang dapat diselesaikan bersama," katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu mengulas rungutan Hasnizan di Facebook hari ini berikutan kesukarannya untuk menyalur bantuan kepada rakyat sejak terpilih ahli parlimen dalam pilihan raya umum lalu.

Mandat Kerajaan Selangor berakhir berikutan Dewan Undangan Negeri terbubar secara automatik pada 25 Jun. Selangor tidak menyertai pilihan raya umum ke-15 (PRU15) pada tahun lalu.

Saifuddin, yang menjelaskan sumbangan dan peruntukan tertakluk proses dan tatacara tertentu, berharap Hasnizan tidak menolak tawarannya itu demi kebaikan penduduk.

"Moga sahaja semangat bipartisan (rentas parti) ini memberi kebaikan buat penduduk Batang Kali khasnya dan memastikan suara mereka di atas jalur apapun terus dibela," katanya lagi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619