EXCO

Jelajah kerjaya Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja bermula Jun

19 Mei 2023, 4:01 AM
Jelajah kerjaya Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja bermula Jun
Jelajah kerjaya Selangor tawar lebih 10,000 peluang kerja bermula Jun

SHAH ALAM, 19 MEI: Lebih 10,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada orang ramai sempena Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor  di sembilan daerah negeri ini bermula Jun.

EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau berkata inisiatif Unit Pemberdayaan Pekerja Selangor (UPPS) bersama Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) itu bakal disertai kira-kira 200 syarikat daripada pelbagai sektor.

“Karnival ini akan menjelajah ke sembilan daerah di negeri ini sehingga Disember.

“Rakyat Selangor yang sedang mencari kerja perlu menggunakan peluang keemasan ini,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_525072" align="aligncenter" width="719"] EXCO Pemberdayaan Pekerja V Ganabatirau melawat salah sebuah syarikat dalam program Jelajah Jaminan Kerja (JobCare) Selangor di Tanjung Karang yang diadakan di Dewan Dato’ Hormat pada 11 Jun 2022. Foto SITI ROHAIZAH ZAINAL/SELANGORKINI[/caption]

Selain itu, Ganabatirau berkata 120 individu berjaya mendapat pekerjaan menerusi Karnival Kerjaya Selangor 2023 yang diadakan pada 6 dan 7 Mei lalu.

“Sebanyak 959 pemohon lagi layak untuk sesi temuduga kedua,” katanya.

Sebelum ini Ganabatirau berkata seramai 2,500 individu berjaya mendapat penempatan pekerjaan di bawah inisiatif Kerajaan Negeri menerusi karnival kerjaya yang dikendalikan UPPS dari November 2021 hingga 6 Mei lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619