AGENDA

Seorang maut, sembilan cedera bas persiaran terbabas di LPT 2

19 Mei 2023, 1:13 AM
Seorang maut, sembilan cedera bas persiaran terbabas di LPT 2

DUNGUN, 19 MEI: Seorang penumpang wanita maut, manakala sembilan lagi cedera selepas sebuah bas persiaran terbabas di Kilometer 375 Lebuh Raya Pantai Timur (LPT) 2 dekat Ajil, Bukit Besi di sini awal pagi tadi.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Terengganu, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.16 pagi dan bergegas ke lokasi kejadian.

Bas yang membawa 30 penumpang itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke lorong bertentangan.

"Mangsa yang cedera dihantar ke hospital berhampiran dengan jentera EMRS dan ambulans, manakala mangsa yang maut diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," kata bomba.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharuddin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619