AGENDA

Tingkat kualiti pengajaran, Selangor lantik 656 guru Kafa berperingkat

18 Mei 2023, 10:56 AM
Tingkat kualiti pengajaran, Selangor lantik 656 guru Kafa berperingkat
Tingkat kualiti pengajaran, Selangor lantik 656 guru Kafa berperingkat

SHAH ALAM, 18 MEI: Sebanyak 656 guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (Kafa) akan dilantik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) secara berperingkat dalam tempoh lima tahun sehingga 2027.

Sebagai langkah awal, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan seramai 150 guru akan dilantik tahun ini bagi memastikan kualiti pengajaran ditingkatkan.

"Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk menambah guru Kafa bagi memastikan kualiti pengajaran kepada pelajar dapat dikekalkan sambil pengurangan beban atas bahu mereka.

"Dengan itu, sebanyak 656 guru Kafa akan dilantik Jais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun hingga 2027 dengan langkah awal 150 orang dilantik tahun ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata negeri memperuntuk RM14.55 juta bagi melaksanakan perkara itu dalam usaha meningkatkan kapasiti serta keperluan guru di negeri ini.

Keputusan itu dicapai dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, yang antara lain meliputi aspek keselamatan dan keselesaan berhubung fenomena El-Nino serta kesihatan jemaah haji.

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619