AGENDA

Insentif RM500 untuk 3,000 jemaah haji Selangor, mohon mulai 19 Mei

17 Mei 2023, 8:38 AM
Insentif RM500 untuk 3,000 jemaah haji Selangor, mohon mulai 19 Mei

OLEH FITRI HAZIM

SHAH ALAM, 17 MEI: Selangor menawarkan insentif RM500 buat 3,000 bakal jemaah haji muassasah yang memerlukan tahun ini, khasnya kumpulan berpendapatan rendah (B40) dan sederhana (M40).

Dato' Menteri Besar berkata inisiatif melalui Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI turut mengagihkan kit syifa seperti ubat-ubatan, cecair pembasmi kuman, losyen dan pelembap bibir.

"Keseluruhan program ini akan diperuntuk sebanyak RM1.653 juta dan permohonan akan dibuka bermula Jumaat, 19 Mei hingga 25 Ogos 2023," kata Dato' Seri Amirudin Shari dalam kenyataan hari ini.

Beliau menambah urusan permohonan dilaksana menerusi pusat khidmat masyarakat (PKM) Dewan Undangan Negeri kawasan masing-masing dan diselaraskan MBI.

Menurut Amirudin, pemohon mestilah warganegara dan menyerahkan salinan surat tawaran haji muassasah mengandungi kenyataan bayaran serta salinan jadual penerbangan.

"Saya mengharapkan usaha ini dapat memudahkan urusan perjalanan jemaah yang bakal meraikan dhuyufurrahman pada tahun ini," katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut, rujuk PKM DUN masing-masing melalui pautan https://bit.ly/3ByFSxm.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619