AGENDA

Air Selangor laksana kerja pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah pada 22 Mei

17 Mei 2023, 3:15 AM

SHAH ALAM, 17 MEI: Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) akan melaksanakan kerja kecemasan pembaikan paip pecah di Jalan Bukit Cerakah, Bandar Puncak Alam pada 22 Mei, jam 9 pagi.

Kerja pembaikan itu membabitkan paip saluran utama berukuran 2,200 milimeter diameter dan melibatkan kawasan agihan berskala besar.

Susulan itu, Air Selangor memaklumkan sebanyak 99 kawasan di Wilayah Klang, Shah Alam dan Kuala Selangor akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

"Kerja pembaikan dijangka siap pada 3 pagi 23 Mei. Bekalan air disalurkan kepada pengguna secara berperingkat dan pulih sepenuhnya pada 9 malam, 24 Mei (Rabu).

"Sekiranya kebocoran menjadi kritikal kerja kecemasan pembaikan paip pecah akan dimulakan lebih awal daripada tarikh yang dimaklumkan," katanya menerusi Facebook.

Sehubungan itu, Air Selangor menasihatkan penduduk menyimpan bekalan air secukupnya dan menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual.

Berikut senarai kawasan yang terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual:

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619