AGENDA

Sungai Ramal, Balakong, Rawang antara sembilan lokasi jualan murah pagi ini

16 Mei 2023, 11:45 PM
Sungai Ramal, Balakong, Rawang antara sembilan lokasi jualan murah pagi ini
Sungai Ramal, Balakong, Rawang antara sembilan lokasi jualan murah pagi ini

SHAH ALAM, 17 MEI: Program jualan murah barangan asas seperti ayam, ikan dan beras anjuran Kerajaan Negeri diteruskan ke sembilan lokasi hari ini, bermula 10 pagi.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Jelajah Ehsan Rakyat (JER) berlangsung di Hajar Seafood Kampung Damai di DUN Kuang, Apartment Julia (DUN Taman Templer), Cheras Utama (DUN Balakong) dan pejabat ADUN Hulu Bernam, Kampung Titiwangsa  (DUN Hulu Bernam).

Program turut diadakan di Surau Taman Sri Rawang (DUN Rawang), Jalan 10 Sungai Kapar Indah (DUN Meru), Surau Al Falah Taman Sirambai (DUN Bukit Melawati), Seri Tanjong Seksyen 7 (DUN Sungai Ramal) dan terminal bas Parit 16 (DUN Sungai Panjang).

JER kendalian PKPS menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek), telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari lepas.

Selain itu, pada minggu terakhir Ramadan, PKPS dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) turut menganjurkan jualan mega Aidilfitri di 23 lokasi bagi meringankan beban orang ramai menyambut perayaan.

PKPS turut menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) menerusi jualan ayam dan telur bersubsidi terbesar dalam tempoh dua hari sempena Aidilfitri.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619