AGENDA

Thailand buat persediaan rapi jadi tuan rumah Sukan SEA 2025

16 Mei 2023, 3:32 PM
Thailand buat persediaan rapi jadi tuan rumah Sukan SEA 2025

PHNOM PENH, 16 MEI: Thailand yakin negara itu akan menjadi tuan rumah Sukan SEA 2025 dengan jayanya dengan meneliti semua aspek penganjuran yang bakal berlangsung di tiga bandar utama negara itu - Bangkok, Chonburi dan Songkhla, dari 9 hingga 20 Dis 2025.

Gabenor Pihak Berkuasa Sukan Thailand (SAT), Gongsak Yodmani, memberi keyakinan tentang persediaan, selaku tuan rumah, diaturkan secara rapi bagi memastikan temasya dwitahunan edisi ke-33 itu berjalan dengan lancar.

Katanya, mereka mempunyai beberapa penginapan dan juga kemudahan sukan bertaraf dunia, justeru tidak akan membina infrastruktur baharu tetapi sebaliknya mengubah suai atau menaik taraf kemudahan sukan yang sedia ada termasuk venue utama, Stadium Rajamangala.

Selain venue pertandingan, katanya, mereka tidak merancang membina Perkampungan Sukan bagi menempatkan atlet dan pegawai kerana bercadang menginap mereka di asrama universiti atau hotel di tiga bandar tersebut.

“Tiada infrastruktur baharu kerana kami cuba melakukan segala-galanya dalam bajet yang terhad, tetapi ia mesti dilakukan dengan standard yang tinggi (pengubahsuaian tempat).

“Kami yakin boleh menyediakan persiapan terbaik bagi setiap negara untuk datang dan menikmati bukan sahaja pertandingan tetapi juga layanan dan keharmonian kami kepada seluruh delegasi dan kontinjen negara ASEAN,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Sementara itu, Gongsak berkata mereka masih belum memuktamadkan bilangan acara sukan dan venue yang akan ditampilkan kerana ini akan dibincangkan kemudian dengan Persekutuan Sukan SEA (SEAGF).

Bagaimanapun, beliau membayangkan kebanyakan acara sukan akan berlangsung di Bangkok manakala acara sukan air di Chonburi dan bola sepak dan sepak takraw di Songkhla.

Sukan SEA 2025 merupakan kali keenam Thailand menganjurkan temasya dwitahunan itu selepas kali terakhir pada edisi 2007 di Nakhon Ratchasima.

Sebelum ini, SEAGF memilih Malaysia sebagai tuan rumah pada 2027, dikuti Singpura pada 2029.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619