ADN

Hampir 3,000 tetamu hadir rumah terbuka penyelaras DUN Batang Kali

15 Mei 2023, 4:26 AM
Hampir 3,000 tetamu hadir rumah terbuka penyelaras DUN Batang Kali
Hampir 3,000 tetamu hadir rumah terbuka penyelaras DUN Batang Kali
Hampir 3,000 tetamu hadir rumah terbuka penyelaras DUN Batang Kali

Oleh Diana Abd Wahab

SHAH ALAM, 11 MEI: Hampir 3,000 pengunjung  berbilang kaum hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Penyelaras Dewan Undangan Negeri  (DUN) Batang Kali.

Saifuddin Shafi Muhammad berkata  acara yang berlangsung dari 11 pagi hingga 2 petang itu diadakan di  Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor.

“Syukur Alhamdulillah! Terima kasih buat hampir 3,000 penduduk Bukit Sentosa, Bukit Beruntung dan Bandar Sungai Buaya yang membanjiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras Dun Batang Kali semalam.

“Majlis yang mengundang penduduk sekitar dan pemimpin masyarakat selepas sekian lama tiada majlis sebegini akibat pandemik selama beberapa tahun,” katanya di Facebook.

[caption id="attachment_581470" align="aligncenter" width="703"] Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak sempena majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras DUN Batang kali di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 14 Mei 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]

Saifuddin berkata pihaknya turut memberikan duit raya kepada 200  kanak-kanak. Selain itu, seramai 10  pengunjung memenangi cabutan bertuah sempena sambutan Hari Ibu.

Pengunjung turut disajikan dengan pelbagai juadah yang disediakan antaranya Menu Rahmah Nasi Kak Wok, char kuetiau, mi kari, apam balik, lemang dan rendang, sate, nasi lemak bungkus, kuih-muih, cendol serta air balang.

[caption id="attachment_581471" align="aligncenter" width="705"] Penyelaras DUN Batang Kali Saifuddin Shafi Muhammad beramah mesra bersama tetamu pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Penyelaras DUN Batang kali di Dewan Komuniti Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 14 Mei 2023. Foto Facebook Saifuddin Shafi Muhammad[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619