AGENDA

Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak

14 Mei 2023, 2:29 PM
Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak
Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak
Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak
Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak
Lebih 35,000 tetamu meriahkan rumah terbuka bersama PM di Gombak

GOMBAK, 14 MEI: Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) yang menutup tirainya hari ini di daerah Gombak berlangsung meriah dengan kehadiran lebih 35,000 pengunjung.

Program yang bersekali dengan sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani itu diadakan di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak mulai 8 hingga 11 malam.

[caption id="attachment_581424" align="aligncenter" width="667"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersalaman dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Majlis itu diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut hadir Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari, isteri Datin Seri Masdiana Muhamad dan barisan menteri Kabinet serta EXCO Kerajaan Negeri.

[caption id="attachment_581427" align="aligncenter" width="642"] Penyanyi terkenal Dayang Nurfaizah menghiburkan pengunjung pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKIN[/caption]

Sebanyak 29 gerai disediakan dengan lebih 42 juadah antaranya lemang daun lerek, ketupat, rendang, sate, kambing golek, aneka jenis kuih muih, buah-buahan dan pelbagai jenis air balang.

[caption id="attachment_581425" align="aligncenter" width="629"] Datuk M Nasir menghiburkan tetamu pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pengunjung juga turut dihiburkan dengan persembahan artis terkenal Dato’ M Nasir, Dayang Nurfaizah dan Pija Mentor.

JKSA yang diadakan tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April berlangsung di Sepang, Hulu Selangor, Klang, Hulu Langat, Kuala Langat, Petaling, Sabak Bernam dan Kuala Selangor.

[caption id="attachment_581423" align="aligncenter" width="630"] Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersalaman dengan orang ramai pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak, Batu Caves pada 14 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619