AGENSI

Negeri teruskan tradisi sumbang lembu, kambing sempena Aidiladha

14 Mei 2023, 7:02 AM
Negeri teruskan tradisi sumbang lembu, kambing sempena Aidiladha

OLEH AZIAN AZIZ

GOMBAK, 14 MEI: Tradisi menyerahkan sumbangan lembu dan kambing kepada masjid, surau serta badan bukan kerajaan (NGO) diteruskan pentadbiran negeri sempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menjelaskan pihaknya meluluskan sejumlah dana bagi melaksanakan perkara tersebut, sama seperti yang dilakukan beberapa tahun sebelumnya.

"Aidiladha memang ada rancangan tetapi kita tidak buat jelajah seperti Aidilfitri. Kita akan serahkan lembu korban di masjid, surau, pusat khidmat dan NGO. Ini memang tradisi kita," katanya.

Beliau ditemui selepas melawat dan membantu petugas Rewang Sekampung menyediakan juadah sempena Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani di Dewan Beringin, Taman Sri Gombak hari ini.

Pada 7 Mei, EXCO Pemodenan Pertanian Ir Izham Hashim berkata sejumlah RM6 juta diperuntuk bagi sumbangan ibadah korban melibatkan agihan 1,000 ekor kambing dan 700 ekor lembu.

Beliau berkata peruntukan tahun ini bertambah berbanding tahun lalu berikutan kenaikan harga lembu daripada RM5,400 kepada RM6,000 seekor selain jumlahnya bertambah kepada 700 ekor kali ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619