AGENDA

Negeri sedia bas percuma, mudahkan pengunjung ke rumah terbuka Gombak

14 Mei 2023, 4:16 AM
Negeri sedia bas percuma, mudahkan pengunjung ke rumah terbuka Gombak
Negeri sedia bas percuma, mudahkan pengunjung ke rumah terbuka Gombak
Negeri sedia bas percuma, mudahkan pengunjung ke rumah terbuka Gombak

SHAH ALAM, 14 MEI: Kerajaan Negeri menyediakan perkhidmatan bas percuma bagi memudahkan orang ramai hadir memeriahkan Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak di Kawasan Komersial Fasa 3, Taman Seri Gombak malam ini.

Orang ramai boleh menaiki Bas Smart Selangor di dua laluan iaitu di Giants Batu Caves dan Terminal Bas Greenwood untuk ke lokasi program yang dianjur bersekali dengan Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani.

Majlis Perbandaran Selayang menerusi Facebook memaklumkan pengunjung boleh mendapatkan perkhidmatan di kedua-dua laluan berkenaan bermula 8.00 sehingga 11 malam.

"Bas Smart Selangor secara percuma akan disediakan buat pengunjung Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia Madani sempena Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri.

"Pengunjung boleh menaiki Bas No 1, laluan dari Giant Batu Caves ke Taman Seri Gombak dan Bas No 2, laluan Terminal Bas Greenwood ke Taman Seri Gombak mulai jam 8.00 malam sehingga 11.00 malam," katanya.

JKSA daerah Gombak malam ini turut menampilkan penyanyi terkenal Datuk M Nasir dan Dayang Nurfaizah.

Acara yang diadakan tiga hari berturut-turut pada setiap minggu sepanjang Syawal bermula 28 April telah berlangsung di Sepang, Hulu Selangor, Klang, Hulu Langat dan Petaling.

Ia diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Kampung Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei), Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei) sebelum berakhir di Gombak.

Sebelum ini, Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata jelajah itu memberi peluang kepada rakyat bertemu pemimpin negeri dengan setiap lokasi mendapat sambutan menggalakkan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619