AGENSI

300 papan telur, 300 pek ikan habis dalam sejam di jualan murah DUN Rawang

13 Mei 2023, 6:30 AM
300 papan telur, 300 pek ikan habis dalam sejam di jualan murah DUN Rawang
300 papan telur, 300 pek ikan habis dalam sejam di jualan murah DUN Rawang
300 papan telur, 300 pek ikan habis dalam sejam di jualan murah DUN Rawang

Oleh SHAMZ JOHAN

GOMBAK, 13 MEI: Lebih 300 ekor ikan dan 300 papan telur habis dijual dalam tempoh satu jam pada Jelajah Ehsan Rakyat (JER) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rawang di sini hari ini.

Penyelia Cawangannya Siti Aishah Solaihah berkata permintaan penduduk semakin bertambah terutama selepas cuti perayaan Aidilfitri.

[caption id="attachment_581207" align="aligncenter" width="752"] Penyelia Cawangan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor Siti Aishah Solaihah . Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

"Sebaik saja jualan dibuka pada jam 10 pagi, pengunjung tidak putus-putus datang untuk membeli-belah. Jualan ditutup awal satu jam selepas kesemua barang habis dijual.

"Permintaan semakin tinggi termasuk di tiga outlets (cawangan) kami, berbanding sebelum ini. Kini, lebih ramai penduduk tahu dan memilih untuk membeli barangan keperluan di JER saja," katanya.

Ditemui pada program Kampung Sungai Terentang, Rawang di sini, Siti Aishah berkata penduduk juga mengambil kesempatan cuti hujung minggu untuk berkunjung ke jualan murah anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

[caption id="attachment_581208" align="aligncenter" width="724"] Penduduk DUN Rawang membeli-belah pada program jualan murah Jelajah Ehsan Rakyat di gelanggang bola keranjang, Kampung Sungai Terentang, Rawang pada 13 Mei 2023. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI.[/caption]

Jualan barangan murah bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif program kendalian PKPS itu memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lalu.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 15 Januari hingga Mei ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619