AGENDA

Bayi empat bulan melecur kepala, kaki, rumah terbakar

12 Mei 2023, 8:38 AM
Bayi empat bulan melecur kepala, kaki, rumah terbakar
Bayi empat bulan melecur kepala, kaki, rumah terbakar

PAPAR, 12 MEI: Bayi lelaki berusia empat bulan melecur di kepala dan kaki dalam kebakaran sebuah rumah di Pekan Lama Kimanis, di sini, hari ini.

Mangsa, Raid Syakif dihantar ke Hospital Papar oleh keluarganya untuk rawatan lanjut.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.25 pagi, lapor Harian Metro.

Katanya seramai 15 pegawai dan anggota bersama dua jentera serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis dan Papar digerakkan ke tempat kejadian.

[caption id="attachment_581073" align="aligncenter" width="754"] Anggota bomba dan penyelamat memadamkan kebakaran sebuah rumah di Pekan Lama Kimanis, Papar pada 12 Mei 2023. Foto Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia[/caption]

"Kebakaran membabitkan rumah jenis tidak kekal dua tingkat yang terbakar sepenuhnya.

"Operasi pemadaman menggunakan sumber air dari jentera dan pili bomba," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, bayi berusia empat bulan yang melecur dilaporkan oleh penyelia operasi.

"Mangsa dihantar ke Hospital Papar oleh keluarganya sebelum ketibaan pasukan bomba di lokasi.

"Operasi terkawal jam 9.35 pagi dan tamat sepenuhnya 12 tengah hari," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619