AGENSI

KDEBWM kutip sampah purata lebih 7,000 tan sehari pada Ramadan, Syawal

11 Mei 2023, 12:48 PM
KDEBWM kutip sampah purata lebih 7,000 tan sehari pada Ramadan, Syawal

Oleh Sheeda Fathil

SHAH ALAM, 11 MEI: KDEB Waste Management (KDEBWM) merekodkan peningkatan sebanyak enam peratus kutipan sampah domestik terutama membabitkan sisa makanan.

Pengarah Urusannya Dato' Ramli Tahir berkata statistik kutipan sampah tersebut dicatat sepanjang Ramadan hingga sambutan Aidilfitri, iaitu antara 23 Mac hingga semalam.

"Peningkatan kadar kutipan sampah sudah dijangka menerusi bazar Ramadan dan rumah terbuka sempena Aidilfitri.

"Kebiasaannya kutipan sampah domestik secara purata dianggarkan kira-kira 7,000 tan sehari di negeri ini, tetapi ketika Ramadan dan Syawal, jumlah itu meningkat kepada purata lebih 7,400 tan atau enam peratus berbanding tempoh sama tahun lalu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KDEBWM di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) di sini, hari ini.

Ramli berkata kutipan sampah pada hari raya pertama dan kedua tahun ini juga sedikit menurun berbanding tahun lalu kerana pengumuman cuti awal dan orang ramai mula pulang beraya di kampung.

"Sepanjang dua hari (1 dan 2 Syawal) lalu, kutipan secara keseluruhan hanya melibatkan kira-kira 7,700 tan," jelasnya.

Tambahnya, bagaimanapun kutipan sampah di Selangor terus mencatatkan peningkatan ekoran jumlah penduduk yang semakin bertambah selain banyak kawasan perumahan baharu.

"Namun, saya menyeru orang ramai yang membuat acara rumah terbuka agar menyediakan tong sampah dan elakkan pembaziran sepanjang Syawal ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619