AGENSI

Anak yatim, warga emas dirai sempena rumah terbuka Kumpulan Selgate

11 Mei 2023, 12:00 PM
Anak yatim, warga emas dirai sempena rumah terbuka Kumpulan Selgate
Anak yatim, warga emas dirai sempena rumah terbuka Kumpulan Selgate
Anak yatim, warga emas dirai sempena rumah terbuka Kumpulan Selgate

SHAH ALAM, 11 MEI: Seramai 92 anak yatim dan sembilan warga emas diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kumpulan Selgate, hari ini.

Mereka turut menerima sumbangan duit raya daripada Yayasan Selgate yang majlis penyerahannya disempurnakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth.

Anak-anak yatim berkenaan adalah kanak-kanak dari Rumah Amal al-Firdaus, Denai Alam dan Rumah Amal Budi Bistari, Alam Nusantara, Shah Alam.

Manakala, sembilan warga emas adalah daripada Pusat Jagaan Warga Tua Sri Tanjung, Sungai Buloh dan Pusat Jagaan dan Rawatan Orang Tua al-Ikhlas, Puchong.

[caption id="attachment_580919" align="aligncenter" width="700"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Selgate Corporation Noor Hisham Mohd Ghouth menyampaikan duit raya kepada warga emas pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Terdahulu Amirudin meluangkan masa kira-kira 30 minit menghadiri majlis yang diadakan di Mardhiyyah Hotel and Suites dekat sini yang turut dihadiri tetamu dari pelbagai jabatan dan agensi Kerajaan Negeri.

Tetamu dihidangkan dengan pelbagai juadah antaranya kuih muih tradisional, soto, sate, susyi dan sasyimi.

Selain itu, tetamu turut dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi popular Hael Husaini.

[caption id="attachment_580921" align="aligncenter" width="700"] Hael Husaini menghiburkan tetamu dengan menyanyikan tiga buah lagu pada majlis rumah terbuka Selgate di Hotel Mardhiyah, Shah Alam pada 11 Mei 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619