AGENDA

Kuala Selangor antara 12 lokasi panas tahap berjaga-jaga di Semenanjung 

11 Mei 2023, 10:41 AM
Kuala Selangor antara 12 lokasi panas tahap berjaga-jaga di Semenanjung 
Kuala Selangor antara 12 lokasi panas tahap berjaga-jaga di Semenanjung 

SHAH ALAM, 11 MEI: Kuala Selangor antara 12 lokasi berada pada tahap satu (berjaga-jaga) berdasarkan rekod bacaan status cuaca panas dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Agensi itu memaklumkan 11 lokasi lain di Semenanjung adalah Pasir Mas, Padang Terap, Kuala Muda, Baling dan Bandar Baharu.

Selain itu Hulu Perak, Selama, Matang dan Larut, Kinta, Manjung, Batang Padang dan Jempol.

“Terdapat dua kawasan di Sabah berada pada tahap satu (berjaga-jaga) iaitu Beaufort dan Kinabatangan selain satu kawasan di Sarawak iaitu Mukah,” katanya.

[caption id="attachment_580907" align="aligncenter" width="645"] Foto Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia[/caption]

Terdapat empat kriteria cuaca panas dikeluarkan MetMalaysia iaitu suhu maksimum harian kurang daripada 35 darjah Celsius, tahap satu (berjaga-jaga) suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Selain itu, tahap dua (gelombang haba) suhu maksimum harian melebihi 37 hingga 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Tahap tiga (gelombang haba ekstrem) iaitu suhu maksimum harian melebihi 40 darjah Celcius sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, boleh rujuk kepada https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619