AGENDA

Pengawal keselamatan cedera diserang tiga lelaki dengan parang, kerambit

11 Mei 2023, 2:14 AM
Pengawal keselamatan cedera diserang tiga lelaki dengan parang, kerambit

KOTA BHARU, 11 MEI: Pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah di sini, cedera diserang sekumpulan lelaki dipercayai bersenjatakan parang dan kerambit, kelmarin.

Kejadian berlaku jam 5 petang apabila mangsa yang berusia 47 tahun berada di pos pengawal dan didatangi tiga lelaki menunggang dua motosikal.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud, berkata sebaik turun dari motosikal, semua suspek bertindak menyerang mangsa secara tiba-tiba.

"Mangsa cedera pada rusuk kiri dan masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian dan dalam keadaan stabil.

"Usaha mengesan dan menahan suspek giat dijalankan bagi siasatan lanjut termasuk mengenal pasti motif serangan," katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Berita Harian.

Mohd Rosdi berkata kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619