AGENDA

Pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika turunkan muatan

9 Mei 2023, 3:15 AM
Pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika turunkan muatan

GUA MUSANG, 9 MEI: Seorang pemandu lori maut dihempap kayu balak ketika cuba menurunkan batang balak berkenaan di sebuah kilang papan di kawasan perindustrian Gua Musang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Sik Choon Foo berkata kejadian berlaku kira-kira 2.15 petang ketika mangsa Norazlan Hamdan, 53, yang baru dua bulan bekerja cuba menurunkan balak daripada lori dengan kaedah biasa diamalkan iaitu membuka empat rantai bersama kunci kecuali di bahagian tengah.

“Apabila membuka kunci rantai mangsa pergi ke arah kanan lori dan bertindak menarik rantai sebelum sebatang balak tiba-tiba jatuh menimpa bahagian badan mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Gua Musang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sik berkata hasil siasatan mendapati tiada unsur jenayah ditemukan ke atas kematian mangsa.

“Berdasarkan hasil bedah siasat dijalankan oleh pegawai perubatan forensik mengesahkan kematian berpunca daripada kehilangan darah yang banyak akibat kecederaan di tempat kerja (Massive Blood Loss Secondary to Rupture Mesenteric Artery Due to Industrial Injury).

"Kes diklasifikan sebagai mati mengejut. Kami mengingatkan supaya mana-mana individu tidak membuat spekulasi dan menghormati privasi keluarga si mati," katanya. - BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619