AGENDA

MB temui rakyat Malaysia di AS, dengar pandangan majukan Selangor

9 Mei 2023, 2:14 AM
MB temui rakyat Malaysia di AS, dengar pandangan majukan Selangor
MB temui rakyat Malaysia di AS, dengar pandangan majukan Selangor

SHAH ALAM, 9 MEI: Dato' Menteri Besar meluangkan masa bertemu mahasiswa dan rakyat Malaysia yang menetap di Amerika Syarikat (AS) dalam lawatannya ke San Francisco, California semalam.

Dalam pertemuan itu, Dato' Seri Amirudin Shari turut mendengar pandangan komuniti tersebut untuk terus memajukan Selangor, yang juga penyumbang terbesar ekonomi negara.

Menerusi kenyataan di Facebook, beliau juga menekankan komitmen pentadbiran negeri untuk sentiasa membela kebajikan seluruh rakyat terutama mereka yang memerlukan bantuan.

"Menerusi 46 program Iltizam Selangor Penyayang, Kerajaan Negeri memberdaya kehidupan rakyat dan memastikan tiada yang tertinggal di bumi Darul Ehsan.

[caption id="attachment_580387" align="aligncenter" width="705"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari meluangkan masa berborak santai bersama mahasiswa Selangor di Los Angeles dalam lawatannya ke Amerika Syarikat. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]

"Saya merakamkan ucapan terima kasih kepada diaspora Malaysia yang hadir dan juga penghargaan buat Restoran Koriander yang menyajikan juadah yang amat sedap dan istimewa," katanya.

Amirudin juga berkongsi kejayaan negeri merekod kutipan hasil melebihi sasaran selama tiga tahun berturut-turut selain Rancangan Selangor Pertama untuk pembangunan lima tahun negeri.

Sehari sebelum itu, beliau meluangkan masa bertemu mahasiswa Selangor di Los Angeles bagi mendengar idea penambahbaikan perihal tadbir urus negeri.

Beliau juga memaklumkan akan mengumumkan program khas untuk mahasiswa Selangor di luar negara, yang boleh dimanfaatkan sebagai persediaan kembali menabur bakti di tanah air.

"Mendengar pandangan mereka benar-benar membuat saya yakin semangat #KitaSelangor bukan sekadar slogan, tetapi gagasan besar yang boleh memacu negeri sebagai tanda aras serantau," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619