AGENDA

Sultan nasihat doktor beri khidmat terbaik, sabar tangani pesakit

8 Mei 2023, 9:01 AM
Sultan nasihat doktor beri khidmat terbaik, sabar tangani pesakit

SEPANG, 8 MEI: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menasihatkan petugas kesihatan di hospital kerajaan supaya memberi perkhidmatan terbaik dan bersabar menangani kehendak pesakit.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj juga menyeru orang ramai supaya bertimbang rasa dan bersabar mendapatkan rawatan di hospital awam yang mempunyai ramai pesakit serta bilik rawatan terhad.

Baginda turut berkenan supaya pakar perubatan dan petugas kesihatan lain terus mencurah bakti dan berkhidmat di hospital kerajaan demi menabur jasa kepada rakyat jelata.

"Hanya di hospital kerajaan sahaja rakyat memperolehi rawatan, kepakaran berkesan dan lebih murah bagi meningkatkan kualiti kesihatan rakyat secara menyeluruh.

"Justeru, Beta menasihatkan doktor dan petugas kesihatan yang lain supaya mengutamakan perkhidmatan kepada rakyat dan bersikap profesional," titah Baginda dalam sebuah majlis hari ini.

Sultan Selangor turut menitahkan kerajaan supaya menjaga kebajikan doktor dan petugas kesihatan berikutan ia kerjaya mulia dan perlu diiktiraf sewajarnya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619