AGENDA

Sultan: Kerajaan disaran bangun skim insurans kesihatan kebangsaan

8 Mei 2023, 8:15 AM
Sultan: Kerajaan disaran bangun skim insurans kesihatan kebangsaan
Sultan: Kerajaan disaran bangun skim insurans kesihatan kebangsaan

SEPANG, 8 MEI: Kerajaan perlu mempelbagaikan sumber pembiayaan penjagaan kesihatan rakyat dengan memberi perhatian kepada agenda membangunkan skim insurans kesihatan kebangsaan.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor bertitah dengan wujudnya skim insuran ini, rakyat mempunyai pilihan untuk mendapatkan rawatan sama ada di fasiliti kerajaan atau swasta.

"Walaupun kerajaan merupakan penyedia perkhidmatan kesihatan utama negara kita, setiap daripada kita juga harus menguruskan pembiayaan kesihatan dirinya dengan mampan supaya dapat mengecapi kesihatan diri yang baik dan terurus," titah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

[caption id="attachment_580302" align="aligncenter" width="721"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mendengar taklimat daripada Pengarah Hospital Serdang Dr Amin Sah Ahmad ketika melihat replika bangunan Pusat Jantung Hospital Serdang selepas baginda menyempurnakan perasmian dan penjenamaan semula hospital berkenaan kepada Hospital Sultan Idris Shah di Serdang pada 8 Mei 2023. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI[/caption]

Bertitah pada majlis perasmian Hospital Sultan Idris Shah yang dijenamakan semula daripada Hospital Serdang di sini hari ini, Baginda turut menyeru rakyat supaya mempertingkatkan ilmu pengetahuan pengurusan kesihatan diri.

"Luangkan masa untuk bersukan dan beriadah serta mengamalkan pemakanan sihat kerana penjagaan kesihatan diri sendiri tidak boleh diambil ringan dan merupakan tanggungjawab bersama tidak kira kerajaan, pihak swasta, badan bukan kerajaan mahupun individu.

"Rakyat juga perlu peka kepada maklumat yang disampaikan melalui saluran nasional untuk mengetahui pengumuman terkini kerajaan berhubung pengurusan kesihatan negara dan manfaat kepada penduduk," titahnya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619