AGENSI

Jualan murah: Pengunjung beratur seawal 7 pagi, 400 ekor ayam habis tempoh sejam

8 Mei 2023, 6:54 AM
Jualan murah: Pengunjung beratur seawal 7 pagi, 400 ekor ayam habis tempoh sejam
Jualan murah: Pengunjung beratur seawal 7 pagi, 400 ekor ayam habis tempoh sejam

Oleh Shamz Johan

SELAYANG, 8 MEI: Sebanyak 400 ekor ayam terjual dalam tempoh satu jam di Jelajah Ehsan Rakyat (JER) peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Tua di tapak pasar malam Selayang Baru di sini, hari ini.

Pegawai pusat khidmat masyarakatnya berkata orang ramai beratus seawal jam 7 pagi untuk membeli pelbagai barangan keperluas asas yang dijual murah berbanding harga pasaran.

[caption id="attachment_580269" align="alignleft" width="398"] Pegawai Pusat Khidmat DUN Sungai Tua B Shanmugam. Foto SHAMZ JOHAN/SELANGORKINI[/caption]

"Penduduk mula beratur sejak jam 7 pagi, lebih 400 ekor ayam habis menjelang jam 11 pagi, malah telur dan beras juga laris.

"Selepas cuti hari raya, sambutan makin tinggi, mungkin ramai yang ambil kesempatan membeli untuk jamuan Aidilfitri," kata B Shanmugam ketika ditemui Selangorkini.

Mengulas lanjut, pihaknya turut menggunakan program tersebut untuk menghebahkan pelbagai program kebajikan negeri.

"Kita dapat menghebahkan pelbagai inisiatif lain oleh Kerajaan Negeri, penduduk juga boleh ambil kesempatan bertemu wakil pejabat DUN," katanya lagi.

JER anjuran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal beku (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari lepas.

Selain itu, pada minggu terakhir Ramadan, PKPS dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) turut menganjurkan jualan mega Aidilfitri di 23 lokasi bagi meringankan beban orang ramai menyambut perayaan.

Orang ramai boleh melayari pautan linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619