AGENDA

Lebih 20,000 dijangka meriahkan rumah terbuka negeri di Gombak 14 Mei

8 Mei 2023, 1:00 AM
Lebih 20,000 dijangka meriahkan rumah terbuka negeri di Gombak 14 Mei
Lebih 20,000 dijangka meriahkan rumah terbuka negeri di Gombak 14 Mei

KUALA LANGAT, 8 MEI: Lebih 20,000 pengunjung dijangka hadir memeriahkan program rumah terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) daerah Gombak pada 14 Mei ini.

EXCO kebudayaan dan warisan berkata program dimulakan dengan rewang Aidilfitri pada sebelah pagi sebelum jamuan Aidilfitri rakyat pada sebelah malam.

“Ada tiga daerah yang kita buat berlainan (ada program rewang Aidilfitri) iaitu Klang (30 April) sebelum ini, Sabak Bernam pada 12 Mei dan Gombak.

“Persiapan sudah diatur (JKSA daerah Gombak) dan kita yakin kehadiran lebih 20,000,” katanya Borhan Aman Shah ketika ditemui di JKSA daerah Kuala Langat di Taman Perwira Sijangkang di sini, malam tadi.

[caption id="attachment_580168" align="aligncenter" width="727"] Orang ramai menghadiri majlis Rumah Terbuka Jelajah Kita Selangor Aidilfitri daerah Kuala Langat di Taman Perwira, Kuala Langat pada 7 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

JKSA daerah Kuala Langat berlangsung meriah dengan kehadiran kira-kira 10,000 penduduk yang dihidangkan dengan pelbagai jenis juadah tradisi seperti lemang, rendang, punten (makanan tradisi masyarakat Jawa), kambing bakar, pecal, apam balik dan air balang.

JKSA akan diteruskan di Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam pada 12 Mei ini dan Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619