ADN

Kerja pemutihan PPR Lembah Subang dijalankan berterusan hingga lepas PRN

7 Mei 2023, 5:36 PM
Kerja pemutihan PPR Lembah Subang dijalankan berterusan hingga lepas PRN
Kerja pemutihan PPR Lembah Subang dijalankan berterusan hingga lepas PRN

Oleh DIANA ABD WAHAB

PETALING JAYA, 8 MEI: Ahli Dewan Negeri (ADN) Seri Setia akan menumpukan kerja pemutihan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.

Halimey Abu Bakar berkata ia susulan kawasan perumahan itu ‘diceroboh’ dan didiami warga asing selain mereka yang bukan dalam kategori berpendapatan rendah (B40).

“Kita akan laksanakan pemutihan semula menerusi kerjasama Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan hanya benarkan mereka yang layak diami rumah di PPR Lembah Subang ini.

“Isu ini sudah lama dan kita telah laksanakan (pemutihan) ketika pentadbiran kerajaan 22 bulan sebelum ini namun ia terbantut berikutan pertukaran kerajaan.

[caption id="attachment_580169" align="alignleft" width="398"] ADN Seri Setia Halimey Abu Bakar bercakap kepada media ketika Rumah Terbuka Aidilfitri DUN Seri Setia di Jalan PJS 6/6A, Petaling Jaya pada 7 Mei 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]

“Kita sudah bincangkan perkara ini dengan Ahli Parlimen Petaling Jaya Lee Chean Chung dan Timbalan Menteri KPKT (Akmal Nasrullah Mohd Nasir) dan telah aturkan beberapa perkara,” katanya kepada Selangorkini.

Terdahulu beliau ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia yang berlangsung di tempat letak kereta Jalan PJS6/6A, di sini semalam.

Halimey berkata bagaimanapun perkara itu hanya dapat direalisasikan sekiranya beliau menang PRN dan berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia bagi penggal kedua.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619