AGENDA

KBS patuh nasihat KKM, elak atlet berlatih ketika cuaca panas

6 Mei 2023, 6:00 AM
KBS patuh nasihat KKM, elak atlet berlatih ketika cuaca panas
KBS patuh nasihat KKM, elak atlet berlatih ketika cuaca panas
KBS patuh nasihat KKM, elak atlet berlatih ketika cuaca panas

KUALA SELANGOR, 6 MEI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mematuhi garis panduan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berhubung latihan atlet negara susulan cuaca panas melanda negara ketika ini.

Timbalan Menterinya Adam Adli Abdul Halim berkata semua sesi latihan atlet turut dipantau Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) bagi mengelak sebarang kemungkinan tidak diingini berlaku.

[caption id="attachment_579929" align="aligncenter" width="782"] Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bercakap kepada media ketika majlis pelepasan larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Memang kita terpaksa hentikan beberapa aktiviti dan hanya tumpu kepada latihan biasa oleh atlet dan juga pada waktu sesuai contohnya malam atau pagi.

"Setakat sekarang memang dinasihatkan untuk elakkan (latihan ketika cuaca panas) terutama kalau aktiviti yang tidak melibatkan atlet profesional contohnya pelajar sekolah," katanya.

[caption id="attachment_579928" align="aligncenter" width="811"] Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim bersama Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli turut menyertai larian Bukit Melawati LebaRun 2023 di Dataran Malawati, Kuala Selangor pada 6 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Beliau ditemui selepas menyempurnakan majlis pelepasan Bukit Melawati Lebarun 2023 yang disertai 1,300 peserta di Dataran Malawati di sini, hari ini.

Acara sukan yang mempromosi kawasan pelancongan sekitar turut disertai Ahli Dewan Negeri Bukit Melawati Juwairiya Zulkifli.

Sebelum ini, KKM menasihati orang ramai agar tidak melakukan aktiviti luar rumah sekiranya tiada sebarang keperluan bagi menggelakkan serangan strok haba akibat dedahan haba yang tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619