AGENDA

Kunjungi jualan murah PKPS di sembilan lokasi esok

5 Mei 2023, 12:00 PM
Kunjungi jualan murah PKPS di sembilan lokasi esok
Kunjungi jualan murah PKPS di sembilan lokasi esok

SHAH ALAM, 5 MEI: Program Jelajah Ehsan Rakyat (JER) yang menjual barangan asas murah diteruskan ke sembilan lokasi esok.

Dikendali Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), program bermula 10 pagi diadakan di Taman Saga, Meru; Dataran Samkuan Kampung Pulai, Banting dan Kampung Kenanga, Rawang.

Program sehingga 1 tengah hari turut diadakan di Surau An-Naim Taman Bukit Merah, Kajang; Surau Al-Wahhab Jalan Prima, Seri Serdang dan Kampung Harmoni, Ijok.

Ia turut berjalan serentak di Angsana USJ1, Subang Jaya; Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Sungai Pelek serta Blok B Flat Taman Perangsang Permai, Taman Medan.

JER menawarkan ayam standard RM10 seekor, daging pejal segar (RM10 per pek) dan telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6 setiap pek), minyak masak lima kilogram (RM25) dan beras lima kilogram (RM10).

Inisiatif tersebut memanfaatkan lebih dua juta penduduk Selangor sepanjang tiga bulan pelaksanaan dari September hingga Disember tahun lepas.

Susulan sambutan menggalakkan, Kerajaan Negeri memperluaskan jualan barangan asas murah ke 1,200 lokasi mulai 16 Januari lepas.

Pada minggu terakhir Ramadan, PKPS dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KoHijrah) turut menganjurkan Jualan Mega Aidilfitri di 23 lokasi bagi meringankan beban orang ramai menyambut perayaan.

Orang ramai boleh melayari pautan http://linktr.ee/myPKPS untuk kemas kini lokasi jualan dari semasa ke semasa.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619