AGENDA

MB ajak penduduk hadiri rumah terbuka Kuala Langat Ahad ini

4 Mei 2023, 1:13 PM
MB ajak penduduk hadiri rumah terbuka Kuala Langat Ahad ini
MB ajak penduduk hadiri rumah terbuka Kuala Langat Ahad ini

SHAH ALAM, 4 MEI: Orang ramai dipelawa menghadiri rumah terbuka Aidilfitri di Taman Perwira Sijangkang, Kuala Langat Ahad ini.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari memaklumkan program Jelajah Kita Selangor Aidilfitri (JKSA) akan bermula jam 8 hingga 11 malam.

"Hadir bersama keluarga dan kenalan sempena musim perayaan ini," tulisnya di Facebook.

JKSA merupakan rumah terbuka anjuran Kerajaan Negeri keenam dalam siri JKSA yang membuka tirai pada 28 April lalu di Pekan Salak, Sepang.

Program turut diadakan di Padang Awam Hulu Bernam, Hulu Selangor (29 April), Padang Taman Sri Kerayong, Klang (30 April), dan Tapak Agora Night Market Taman Sri Nanding, Hulu Langat (5 Mei).

Ia diteruskan ke Pasar Malam Paya Jaras, Sungai Buloh (6 Mei), Dataran Tanah Lesen, Parit Baru, Sabak Bernam (12 Mei) dan Padang Awam Bukit Badong, Kuala Selangor (13 Mei).

Jelajah bakal berakhir di tapak Uptown Sri Gombak, Gombak pada 14 Mei yang dijadual dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619